Pages

Monday, December 27, 2010

Kata Kerja Transitif



a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat -Nya,
awalan meN- perlulah digunakan;


“Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man (X)
“Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man (/)




b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif;


Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua (X)
Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua (/)




c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain daripada
kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;


Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu (X)
Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu (/)




d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;


Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi (X)
Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi (/)




e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam
binaan ayat aktif;


Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu 
lalu (X)
Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu (/)




f. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.


- Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-…-kan digunakan.
- Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.


Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain (X)
Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain (/)




g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas akibat perbuatan
iaitu mengalami perpindahan;


- Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.


Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak (X)
Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda (/)




h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas,
iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);


- Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.


Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda (X)
Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak (/)




i. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;


- Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.
- Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.


Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu (X)
Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu (/)




j. Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;


- Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif
berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
- Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan boleh menerima dua
objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.


Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai (X)
Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai (/)




Latihan





Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.

2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.

3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.

4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.

5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.        

6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.

7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.

8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.

9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.

10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.


jawapan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...