Pages

Thursday, December 23, 2010

Contoh Karangan Surat Rasmi





Hello. Entry kali ini kami ingin berkongsi contoh karangan surat rasmi untuk pelajar UPSR. Oleh kerana ramai dikalangan pelajar masih lagi tidak dapat menguasai cara untuk menulis karangan jenis surat rasmi kerana tidak mengetahui atau terlupa format untuk membuat karangan jenis surat rasmi, jadi kami mengambil peluang untuk berkongsi di blog UPSR cafe ini. Diharap entry ini sedikit sebanyak membantu anda.




Persatuan Tunas Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

__________________________________________________________

Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan. 05 MAC 2010

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.

2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti pertengahan penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010 

3. Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai persekitaran yang mencabar kepada para ahli . 

4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya.

5. Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang guru penasihat akan turut serta dalam perkhemahan ini.

Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. 

Yang menjalankan tugas,

Darsan Aliman
…………………………………
(DARSAN BIN ALIMAN)
Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja 
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...